Posts

Showing posts from September, 2019

AKU DAN PSIKOLINGUISTIK

Image
Hai pembaca blog yang terchenta.  Baru-baru ni saya dapat tugasan daripada seorang pensyarah bagi subjek Psikolinguistik HMT415. Beliau mengarahkan kami untuk menghasilkan lima gerakan menarik melalui tangkapan gambar bertempat di bangunan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Gambar-gambar ini juga perlu dikaitkan dengan psikolinguistik.Saya cuba mengaitkan gambar-gambar di bawah dengan domain penyelidikan psikolinguistik Jadi, mari kita lihat ada kaitan ka tidak........... GAMBAR 1 Maaf bukan beerti kita melupakan. Eh. Berdasarkan gambar di atas, apa yang kamu faham? Maaf bukan beerti kita melupakan?. Berdasarkan psikolinguistik, fahaman saya mengenai gambar ini ialah lebih kepada domain penghasilan bahasa iaitu bahagaimana maklumat yang seseorang sampaikan diubah ke bentuk gelombang akustik, isyarat fungsian atau huruf aksara dalam sesebuah penulisan. Dalam gambar ini, pergerakan tangan yang saya lakukan itu menunnjukkan saya memohon maaf kepada seseorang....