AKU DAN PSIKOLINGUISTIK










Hai pembaca blog yang terchenta. 

Baru-baru ni saya dapat tugasan daripada seorang pensyarah bagi subjek Psikolinguistik HMT415. Beliau mengarahkan kami untuk menghasilkan lima gerakan menarik melalui tangkapan gambar bertempat di bangunan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Gambar-gambar ini juga perlu dikaitkan dengan psikolinguistik.Saya cuba mengaitkan gambar-gambar di bawah dengan domain penyelidikan psikolinguistik Jadi, mari kita lihat ada kaitan ka tidak...........

GAMBAR 1

Maaf bukan beerti kita melupakan. Eh.
Berdasarkan gambar di atas, apa yang kamu faham? Maaf bukan beerti kita melupakan?. Berdasarkan psikolinguistik, fahaman saya mengenai gambar ini ialah lebih kepada domain penghasilan bahasa iaitu bahagaimana maklumat yang seseorang sampaikan diubah ke bentuk gelombang akustik, isyarat fungsian atau huruf aksara dalam sesebuah penulisan. Dalam gambar ini, pergerakan tangan yang saya lakukan itu menunnjukkan saya memohon maaf kepada seseorang. 




GAMBAR 2


Gambar kedua ini pula saya kaitkan dengan pemahaman bahasa dalam domain penyelidikan psikolinguistik. Mengapa saya katakan demikian? Pemahaman bahasa ini akan menerangkan bagaimana isyarat akustik atau visual itu diinterpretasikan secara linguistik oleh pendengar, pengguna bahasa isyarat atau pembaca. Jadi, gambar ini menyembunyikan wajah pemiliknya mungkin disebabkan pemiliknya terlalu comel? hmmm....


GAMBAR 3



Gambar di atas saya cuba kaitkan dengan neurokognisi. Neurokognisi merupakan sebuah kajian tentang fungsi otak dan bahasa manusia. Saya memikirkan yang setahun lagi saya akan bergraduasi dengan meletakkan topi tersebut di atas kepala saya.

GAMBAR 4



Gambar di atas cuba dikaitkan dengan gangguan bahasa kerana gambar di atas tidak menggambarkan maklumat yang tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana reaksi muka saya amat berbeza dengan perlakuan saya. Dalam hal ini sudah tentu ia memberikan gangguan bahasa kepada pendengar atau orang cakap lawan. 


GAMBAR 5


Haaaaa. yang ini kenapa pulak ? bagi saya gambar di atas sesuai dengan domain bahasa dan pemikiran. Pemikiran seseorang tidak dapat dipisahkan dengan bahasa seseorang. Seseorang yang mempunyai pemikiran yang tinggi dan positif, bahasa yang digunakannya juga adalah tinggi. 






REFLEKSI MINGGU 1







REFLEKSI MINGGU 2 


Comments